Wednesday, July 8, 2009

SIGLAP NUSANTARA ORCHESTRA


SIGLAP NUSANTARA ORCHESTRA

The Siglap Secondary School Nusantara Orchestra was established in 1998, incorporating the Angklung and Kulintang ensembles. In the year 2000, it was expended to include the Gamelan Ensemble.

The SNO is unique to the region and the world as it is the only orchestra that uses traditional Indonesian gamelan instruments but tuned to the international diatonic music scale of western instruments. This has also allowed the fusion of western instruments and percussions in the orchestra, making it a truly Singaporean Orchestra with an international perspective.

The SNO has created its own unique concept, design of instruments and new style of playing. For example, the SNO has invented the frame-mounted bass Angklung sets comprising of 3 tone and 4 tone bass Angklings and the diagonal framed Angklungs. With these new inventions the SNO is able to use a large number of Angklungs with fewer players, thus producing thicker and richer sound quality.

The orchestra has performed in numerous prestigious events and has attained several Singapore Youth Festival awards. To date, it still holds the title of being the only Secondary School to attain Gold with Honour awards for both its Gamelan Ensemble and the Angklung Kulintang Ensemble, making it the Best Ensembles in Singapore.

Our Achievements:

SYF - Angklung Kulintang Ensemble: 2001 Gold; 2003 Silver; 2005 Silver; 2007 Gold with Honours; 2009 Gold with Honours.

SYF - Gamelan Ensemble: 2003 Gold; 2005 Gold with Honours; 2007 Silver; 2009 Gold with Honours
The SNO is conceptualised and conducted by Music Director Mr Mohamed Khamis Selamat.
Teachers-In-Charge : Mdm Noraishah Mostapa & Mr Lek G C


Friday, July 3, 2009

TOPIK LISAN (Ramalan Cg Ice)

TOPIK LISAN (Ramalan 2009)

1 Seorang yang saya kagumi
2 Sambutan Hari Istimewa
3 Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan
4 Satu Perkhidmatan Yang Boleh Dipertingkatkan
5 Satu Kempen Di Singapura
6 Hadiah Yang Pernah Saya Berikan
7 Fesyen Hari Ini
8 Masalah Remaja
9 Sumbangan Remaja
10 Kemajuan Teknologi Dan Kesannya
11 Kerjaya Idaman Saya
12 Budaya & Tradisi à Pakaian / Makanan / Adat / Kepercayaan / Cara Hidup
13 Hiburan & Pengaruhnya ( Muzik & Artis)
14 Kesihatan (Wabak & Kesan & Cara Menjaga Kesihatan)
15 Pelancongan ( Kasino & Kesan)
16 Sains ( Kemajuan Sains & Kesan kepada manusia)
17 Iklan & Kesan
18 Kemajuan akademik vs kepentingan akhlak
19 Keluarga itu penting / keluarga ideal
20 Memilih sahabat
21 Harta materialistik lebih penting

Blog Sekolah Menengah Siglap

http://remajaidaman.blogspot.com

Sila lungsuri blog dari sekolah kita.

Salam
Cg Ice

SOALAN ;LISAN 2008


SOALAN LISAN 2008


1) Apakah kerjaya yang kamu idam-idamkan?

2) Apakah sukan yang kamu ketahui ?

3) Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di Singapura, yang mana satukah yang paling kamu minati?

4) Apakah kegiatan yang kamu lakukan pada masa lapang?

5) Jelaskan jenis-jenis pakaian tradisional yang terdapat di S’pura.

6) Apakah perkara yang menimbulkan tekanan dalam diri kamu? Mengapa?

7) Apakah bahan bacaan yang sering kamu baca ? Mengapa?

8) Apakah mata pelajaran yang kamu gemari ? Mengapa?

9) Berikan contoh-contoh budaya masyarakat kamu. ***

10) Nyatakan sifat-sifat mulia yang ada dalam diri orang-orang yang kamu kenali. ***

SOALAN LISAN 2007


SOALAN LISAN 2007

1. Terangkan kelakuan yang kamu anggap menggambarkan sikap bersopan-santun.

2. Ceritakan cara-cara kamu menghabiskan cuti sekolah kamu.

3. Ceritakan pengalaman kamu mendapat perkhidmatan yang kurang memuaskan.

4. Ceritakan seseorang yang kamu anggap sebagai mentor (pembimbing) kamu. ***

5. Mengapakah ramai orang suka membela binatang kesayangan?

6. Ceritakan bakat atau kelebihan seseorang yang kamu kenali.

7. Ceritakan pengalaman kamu ketika jatuh sakit.

8. Ceritakan keistimewaan yang ada pada seorang rakan kamu.

9. Terangkan pengalaman kamu membuat kerja sukarela. ***

10. Ceritakan makanan-makanan kegemaran kamu.

TAJUK-TAJUK LISAN (CG ICE)


TaJUK-TaJUK UjiAN LiSAN

1- Jualan Raksasa Singapura

Jualan raksasa Singapura diadakan pada pertengahan dan hujung tahun. Barang-barang seperti kasut, baju dan macam-macam lagi dijual dengan harga yang lebih murah. Ia sungguh berbaloi jika dapat membeli pakaian dan barang kerana harganya yang murah tetapi masih berkualiti. Jualan raksasa Singapura juga telah menjadi tempat tarikan pelancong dan orang tempatan. Membeli-belah adalah satu perkara yang digemari oleh pelancong dan penduduk tempatan. Masa ini adalah masa di mana pusat membeli-belah seperti Heeren, Far East plaza, Wisma Atria dan Arab Street penuh dengan orang ramai. Apabila jualan raksasa Singapura diadakan di ekspo, ramai ibu bapa membawa keluarga membeli barang keperluan rumah.

2 - Majlis Perkahwinan Yang Saya Hadiri

Kali terakhir saya hadir majlis perkahwinan ialah pada dua tahun yang lalu. Majlis itu dibuat di sebuah kolong blok. Pengantinnya adalah abang saudara saya dan secara kebetulan, pengantin perempuan adalah guru sekolah saya. Majlis itu sangat meriah dengan alunan muzik yang berkumandang. Kami juga dapat bertemu dengan saudara-mara dan ini dapat mengeratkan lagi sillaturahim antara kami. Saya juga dapat mempelajari adapt istiadat persandingan dan adat-istiadat perkahwinan yang lain. Jamuan yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka. Saya juga mendapat berkat iaitu sebutir telur dan pulut. Saya rasa pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua dan memahami antara satu sama lain serta saling sayang-menyayangi. Itulah faktor yang paling penting dalam sebuah perkahwinan.

3 - Pemakanan Yang Seimbang

Pada pendapat saya pemakanan yang seimbang harus diamalkan oleh setiap manusia. Definasi pemakanan yang seimbang ialah pandai mengimbangkan pemakanan seharianya iaitu bijak mengikut piramid makanan. Makanan yang paling penting untuk dimakan ialah nasi, roti dan gandum untuk memberi tenaga yang mencukupi. Jenis pemakanan ini terletak di bawah makanan piramid. Piramid pemakanan yang ketiga ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua daging, ikan, ayam dan lain-lain lagi. Piramid pemakanan pertama yang harus kita elakkan ialah minyak, gula dan garam. Mengikut kajian seseorang manusia harus makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjauhi diri dari penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau barah. Jadi pemakanan yang seimbang boleh menentukan sama ada kita sihat ataupun mudah diserang penyakit.

4 - Pelajaran Daripada Pendidikan Moral

Ada banyak pelajaran yang saya dapat pelajari daripada pendidikan moral yang saya telah pelajari di sekolah dan juga di rumah. Pendidikan moral ini diadakan untuk mengajar kita tentang cara-cara untuk mengawal diri dari segi kelakuan dan juga disiplin. Misalnya, sebelum saya dididik, saya adalah seorang anak perempuan yang tidak sopan, malas, tidak bertanggungjawab dan saya langsung tidak menghormati kedua ibu bapa saya. Di sekolah, saya pula dipaksa untuk belajar pendidikan moral dan selepas beberapa pelajaran, saya mulai sedar tentang tingkah-laku saya yang biadap. Saya juga belajar tentang cara-cara terbaik untuk menempuhi segala rintangan yang saya akan hadapi pada masa akan datang. Saya juga belajar untuk menghormati ibu bapa saya kerana mereka adalah orang tua saya yang telah bekerja keras untuk membesarkan saya dan juga menyayangi saya sehingga hari ini. Pendidikan moral juga mengajar saya tentang kebaikan dan juga keburukan sifat-sifat manusia yang hidup di dunia ini dan mendidik saya untuk menjadi seorang anak yang baik dan bersopan-santun.

5 - Kebersihan Asas Kesihatan

Kebersihan adalah satu-satunya asas kesihatan kita. Tanpa menjaga kesihatan diri, pastinya kesihatan seseorang itu akan terjejas kerana mendedahkan diri kepada penyakit-penyakit dan kuman-kuman yang merbahaya kepada tubuh kita. Saya rasa kebersihan itu bergantung pada disiplin diri sendiri. Sememangnya saya tidak suka jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan mereka. Oleh itu, saya rasa bahawa setiap orang daripada kita harus mempertimbangkan kedua-duanya sekali dan pastinya, kebersihan adalah asas kesihatan. Sikap seseorang itu akan menentukan sama ada dia seorang yang pembersih ataupun sebaliknya.

6 - Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa

Tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa ialah untuk menjaga mereka setelah bersara pada usia senja mereka. Ini adalah kerana mereka tidak berkebolehan seperti mereka pada usia muda. Mereka lebih mudah jatuh sakit dan sering merasakan ketegangan urat di bahagian tubuh seperti di sendi-sendi dan di otot-otot tubuh mereka. Seorang anak juga harus sering berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Perhubungan komunikasi di antara anak dan ibu bapa adalah sangat penting untuk sesebuah keluarga yang bahagia. Dengan komunikasi dan perhubungan yang erat, ikatan silatulrahim antara anak dan ibu bapa akan lebih rapat. Anak juga harus sentiasa bersikap baik pada ibu bapa seperti bersopan-santun apabila bercakap, saling menghormati dan jangan sesekali mencuba untuk mengecewakan atau menyakiti hati mereka. Jika membuat silap, haruslah meminta maaf. Anak juga haruslah sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa.

7 - Menjaga Warga Tua

Warga tua adalah golongan yang perlukan bantuan dan sokongan moral yang kukuh. Setelah dibesarkan dari bayi hinggalah ke dewasa kelak, kita sebagai generasi muda haruslah menjaga dan membantu warga tua dalam usia senja mereka ini. Sebagai seorang remaja, saya berpendapat bahawa warga tua merupakan golongan yang harus dibantu dan diberikan sokongan moral agar mereka mempunyai keinginan untuk meneruskan hidup. Cara-cara bagi menjaga warga tua adalah dengan membantu mengemas rumah mereka. Dalam usia lanjut mereka itu, mereka tidak mempunyai tenaga yang cukup ataupun banyak untuk melakukan tugasan rumah yang berat seperti mengemas rumah.

Cara yang sewajarnya diberikan kepada golongan warga tua ialah sokongan moral yang mencukupi. Ada di kalangan warga tua yang telah dihantarkan ke rumah tumpangan warga tua, telah ditinggalkan oleh anak mereka sendiri. Bak kata pepatah, kacang melupakan kulit, anak-anak yang meninggalkan orang tua mereka di rumah tumpangan warga tua ini tidak mengenang jasa orang tua mereka yang telah membesarkan mereka dari bayi hinggalah dewasa. Saya berpendapat dan berharap agar remaja lain dapat mempelajari dari pengajaran ini dan tidak akan melakukan perkara yang sama.


8 - Kegiatan Menderma

Sering apabila saya lalu tempat-tempat seperti pusat pertukaran bas atau pusat membeli-belah, saya dihampiri oleh orang-orang yang meminta derma. Kadangkala, saya menghulurkan derma berbentuk wang ringgit. Menurut pengalaman saya apabila saya keluar meminta derma, ia bukan satu kegiatan yang mudah. Ini kerana, ramai yang enggan menderma walaupun tujuan utama yang menyebabkan kita memungut derma itu merupakan satu peristiwa yang baru berlaku, misalnya bencana tsunami. Malah, ramai yang akan memberi alasan mereka masing-masing untuk tidak menderma.

Bukan maksud saya untuk menyatakan bahawa ramai orang lokek untuk menderma. Tetapi kadangkala saya lihat mereka baru mengeluarkan duit dari POSB, tetapi tidak bolehkah mereka menderma walaupun ia sekecil satu dolar? Dengan jumlah yang sekecil itu, ia dapat merubah kehidupan mereka yang betul-betul memerlukannya. Malangnya, ada di antara kita yang alpa dengan keadaan di sekeliling kita. Ada di antara mereka yang hidup dalam keadaan papa kedana. Siapa yang akan membantu mereka jika bukan dengan pertolongan masyarakat? Malah, saya kagum dengan sikap orang-orang yang keluar memunggut derma, kerana ia merupakan satu kerja kebajikan yang murni dan tulus. Tetapi kita harus berhati-hati apabila menghulurkan derma kerana ada di antara mereka yang cuba menipu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

9 - Kegiatan Senaman

Kegiatan senaman seharusnya dibuat setiap hari. Walaupun ramai daripada kita yang sibuk berkerja ataupun bersekolah, kita haruslah bersenam sekurang-kurangnya selama 20 minit hingga setengah jam sehari. Kegiatan senaman boleh dibuat di mana sahaja, tidak kiralah di rumah, di sekolah ataupun di gimnasium. Ramai daripada anggota masyarakat Singapura sekarang yang mementingkan kesihatan mereka dibandingkan dengan anggota masyarakat Singapura beberapa tahun dahulu. Kalau kita kurang bersenam, kita boleh mendapat bermacam-macam penyakit seperti serangan jantung, kencing manis dan sebagainya. Kegiatan senaman boleh dijadikan sesuatu kegiatan yang menarik dan boleh juga dibuat bersama ahli keluarga untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Di sekolah, kegiatan senaman dibuat semasa sesi senaman fizikal. Guru-guru sekolah membuat kegiatan senaman menarik dengan bermain bolasepak, bola keranjang dan sebagainya. Kerana itulah, ramai murid gemar sesi senaman fizikal. Kegiatan senaman boleh menolong murid-murid hilang tekanan akibat daripada pelajaran.

10 - Gaya Hidup Sihat

Pada pendapat saya, kesihatan adalah faktor paling penting dalam kehidupan kita. Ini kerana, tubuh yang sihat akan membuat otak kita cerdas dan kita akan menjadi aktif. Pada zaman sekarang, terdapat ramai orang yang gemar makan makanan yang mengandungi banyak kolestorol. Kita patut mengamalkan gaya hidup sihat supaya tubuh kita menjadi lebih sihat. Bersenam adalah faktor yang paling penting untuk mengamalkan gaya hidup sihat.Pemerintah di Singapura telah cuba mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan orang-orang Singapura melalui kempen dan penyebaran iklan-iklan. Tetapi hasilnya sungguh menyedihkan kerana terdapat ramai yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Kami patut makan makanan yang seimbang. Saya mengaku bahawa saya tidak selalu melakukan senaman dan memakan makanan seimbang, namun saya ada bersenam sekali sekala.

11 - Jenis Sukan Yang Digemari

Sukan yang saya gemari ialah sukan-sukan lasak, saperti mengayuh kanu, “trekking dan hiking”. Saya juga suka memanjat dengan tali. Saya suka sukan lasak ini kerana sukan-sukan ini dapat meningkatkan prestasi fizikal saya dan mencabar untuk membuat lebih baik dalam sesuatu sukan yang saya ceburi. Dengan menceburi sukan saperti “trekking dan hiking”. Saya dapat mengelakkan diri daripada tekanan dan mendekati diri saya dengan alam semulajadi kerana kehidupan di Singapura boleh dikatakana penuh dengan tekanan.

Cabaran-cabaran di dalam sukan ini juga tinggi. Saya suka sukan yang penuh dengan cabaran selain daripada sukan lasak, saya juga suka sukan yang lain saperti badminton, bola keranjang dan bola sepak. Saya suka permainan ini kerana sukan-sukan ini lebih senang dan tidak perlukan perkakas yang mahal untuk melakukannya.

12 - Kempen Berbudi Bahasa

Pemerintah Singapura telah mengadakan beberapa kempen berbudi bahasa di televisyen, radio dan di tempat-tempat awam seperti di perpustakaan dan sekolah-sekolah. Tujuan pemerintah Singapura berbuat demikian adalah untuk menyemai sifat kasih dan sayang kepada semua orang. Salah satu kempen berbudi bahasa adalah untuk memberi jalan kepada orang-orang cacat. Dengan ini, rakyat Singapura akan lebih memahami kondisi orang seperti ini dan juga ia dapat merasa bagaimana mereka merasa jikalau mereka tidak dapat jalan dengan bebas kerana semua rakyat Singapura berjalan dengan cepat dan menghalang orang cacat itu sampai ke destinasi mereka. Bukan itu sahaja, jikalau budi bahasa warga Singapura di tahap yang rendah, pelancong-pelancong yang datang ke sini akan mempunyai tanggapan negatif terhadap kita dan juga kepada Negara kita.
13 - Satu Permainan Tradisional Yang Kamu Kenali
Satu permainan tradisional yang saya kenali adalah permainan tradisional yang terkenal iaitu congkak. Saya suka bermain permainan tradisional ini semenjak saya masih kecil lagi. Saya mula bermain congkak apabila saya berumur enam tahun. Arwah nenek saya yang mempengaruhi saya untuk bermain congkak. Hingga kini,saya akan selalu bermain congkak bersama keluarga saya dan juga saudara-mara. Apabila saya bermain permainan tradisional ini, saya akan selalu mengingati arwah nenek kerana dialah orang yang mengajar saya untuk bermain permainan tradisional ini. Apabila saya bermain bersama adik-beradik ataupun saudara-mara, saya akan selalu menang bukan kerana saya bermain tipu kerana saya diajar oleh seseorang yang sangat pintar dalam permainan tradisional ini.

14 - Faedah Menghadiri Kelas Bimbingan

Saya mendapat banyak faedah menghadiri kelas bimbingan. Salah satu faedah ialah saya boleh mengulangkaji mata-mata pelajaran yang saya lemah. Kalau saya tidak tahu, cikgu boleh menolong saya. Saya akan menjadi lebih mahir dalam pelajaran saya jika menghadiri kelas bimbingan. Lagi satu faedah ialah saya tidak membuang masa. Kalau saya balik rumah, saya tidak akan belajar kerana di rumah terdapat komputer dan playstation 2 yang akan membuat saya tidak mengulangkaji pelajaran saya. Dengan menghadiri kelas bimbingan, saya bukan sahaja dapat belajar dengan tekun tetapi saya juga tidak membuang masa kerana masa itu emas.

15 - Kerja-Kerja Kemasyarakat

Sebagai masyarakat yang amat menitikberatkan rakyatnya, pemerintah Singapura menggalakkan supaya rakyatnya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan untuk mengeratkan lagi ikatan perhubungan sesama rakyat. Antara kerja kemasyarakatan yang pernah saya lakukan ialah memunggut derma yang disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Pada pendapat saya, kerja-kerja kemasyarakatan ini amat bagus kerana ia dapat melahirkan perasaan faham-memahami antara satu lain, walaupun umur dan bangsa mereka berlainan. Kerja-kerja kemasyarakatan seperti berkomunikasi dengan warga tua di rumah tumpangan dapat membuka mata masyarakat akan kesengsaraan jiwa yang warga tua ini rasakan apabila mereka dihantar ke sana. Membuat kerja kemasyarakatan ini bak kata pepatah sambil menyelam minum air, bukan saja dapat menolong warga tua,ia juga dapat mengajar kita nilai-nilai kehidupan.

16 - Mempelajari Lebih Daripada Satu Bahasa

Pada pendapat saya, ia adalah satu kelebihan jika kita dapat mempelajari lebih dari satu bahasa. Kita dapat berbual dengan bangsa lain dengan lebih baik kerana kita dapat bercakap dengan bahasa mereka. Di Singapura, ia penting untuk kita mempelajari lebih dari satu bahasa terutama sekali bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana sekarang banyak pekerjaan yang memerlukan pekerja yang tahu lebih dari satu bahasa. Pada pendapat saya juga, orang lain tidak boleh mempermainkan kita jika kita tahu bahasa mereka. Peluang untuk mencari pekerjaan lebih cerah jika kita mempelajari lebih dari satu bahasa.

17 - Hubungan Remaja Dengan Jenayah

Memang benar pada masa kini terdapat segolongan remaja yang terlibat dengan jenayah. Selalunya, remaja tersebut melakukan jenayah berkemungkinan kerana kekurangan kasih sayang daripada orang tua mereka. Dengan melakukan jenayah, mereka mengharap bahawa orang tua mereka akan memberi lebih perhatian. Sememangnya mereka sedar bahawa kelakuan itu salah tetapi sanggup melakukan apa sahaja bagi menarik perhatian.Selain itu, sesetengah daripada remaja yang terlibat dengan jenayah berpunca dari pengaruh teman-teman mereka. Jenayah yang sering dilakukan remaja ialah mencuri. Kemungkinan ia berlaku kerana remaja tersebut kekurangan wang untuk membeli barang yang diingini, dan apabila melihat teman-teman mereka mempunyai barang itu, keinginan mendapatkan barang tersebut kian meningkat dan dari situlah berpuncanya jenayah mencuri.

18 - Sebuah Majlis Perkahwinan

Saya pernah menghadiri pelbagai jenis perkahwinan. Perkahwinan kaum India, Cina, Kristian dan sebagainya. Namun, majlis yang paling saya kagumi dan masih segar di ingatan saya ialah majlis perkahwinan abang saudara saya, Hilmi yang kini berusia 27 tahun. Apa yang membuatkan saya kata bahawa perkahwinan ini lain daripada yang lain ialah kerana ia mempunyai kombinasi perkahwinan budaya orang Melayu dan Kristian. Seperti biasa, majlis perkahwinan itu berlangsung selama dua hari. Pada hari pertama, ia berlangsung di kolong blok si suami dan isteri. Pada hari kedua, majlis perkahwinan itu berlangsung di sebuah hotel 5 bintang di Raffles Hotel. Tempat yang dipilih untuk majlis tersebut sangat luas dan menarik. Abang saudara saya serta isterinya mengenakan pakaian ‘suit’ yang berwarna kuning-kuningan. Makanan yang dihidangkan sangat enak dan bermutu tinggi. Majlis yang gilang-gemilang itu diakhiri dengan letupan mercun.

19 - Jenis Muzik Yang Kamu Minati

Saya gemar mendengar stesen radio ‘Class 95’ kerana ia memainkan lagu-lagu zaman sekarang dan zaman 80’an. Jenis-jenis muzik yang bermain di stesen radio tersebut seperti lagu-lagu rock, jazz, hip-hop dan pop. Saya paling minati mendengar lagu-lagu klasik rok kerana ia amat enak mendengarinya. Salah satu artis kegemaran saya ialah kumpulan U2 yang menyanyi lagu klasik rok. Beliau menyanyi lagu-lagu tentang kehidupan. Saya amat tertarik dengan lagu-lagunya. Lirik dalam lagu-lagu U2 sungguh bermakna. Oleh itu saya gemar mendengar lagu-lagunya. Selain dari klasik rok, saya juga minati mendengar lagu-lagu bhangra kerana rentaknya pantas dan sedap di dengar. Walaupun saya tidak faham lirik bhangra,saya gemar mendengar rentaknya.

20 - Remaja Mementingkan Kebendaan

Remaja zaman kini lebih mementingkan kebendaan daripada keluarga dan pelajaran. Mereka lebih mementingkan penampilan mereka dan kelebihan yang mereka ada seperti telefon bimbit dan benda-benda berjenama. Mereka sanggup ikat perut untuk menyimpan duit makan sekolah mereka bagi membeli barang yang mereka ingini. Sebagai seorang remaja, saya juga mahu barang-barang yang saya amat ingini tetapi saya tidak akan abaikan kesihatan saya dengan menahan lapar. Remaja yang mampu membeli barang-barang terkini akan membuat rakan mereka rasa cemburu. Dengan ini, ia akan meningkatkan kadar kecurian antara rakan sendiri. Lebih-lebih lagi kepada remaja yang suka menunjuk-nunjuk dengan apa yang mereka mampu beli.

21 - Mempelajari Lebih Daripada Satu Bahasa

Pada pendapat saya, ia amat penting untuk mempelajari lebih dari satu bahasa. Ini disebabkan apabila kita mempelajari bahasa orang lain, kita dapat memahami cara perbualan mereka dan juga dapat berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa. Ini dapat memudahkan pemahaman kita. Contohnya, jika seseorang yang bukan berbangsa kita menanyakan sesuatu dalam bahasa mereka, kita dapat memahami apa yang mereka ucapkan. Bukankah ini satu keutamaan bagi kita untuk merapatkan lagi silaturrahim antara kita? Oleh itu, saya berpendapat bahawa jika kita diberi peluang untuk mempelajari bahasa lain, jaganlah kita menolak. Ia juga dapat memberi kita pengalaman untuk mengetahui bahasa mereka. Lebih-lebih lagi, Singapura adalah sebuah negara yang dikenali sebagai negara yang menekankan keharmonian kaum untuk kekal aman sepanjang masa.

22 - Kerja-Kerja Kemasyarakatan

Kerja-kerja kemasyarakatan adalah satu aktiviti yang patut digalakkan dan dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja sesuatu yang sihat malah pada masa yang sama ia adalah kerja kebajikan. Tidak dinafikan ramai orang tidak gemar menceburkan diri dalam bidang ini. Dan biasanya mereka akan memberi pelbagai alasan seperti tidak mempunyai masa dan sentiasa bekerja. Contoh-contoh kerja-kerja kemasyarakatan adalah mengumpul derma, menolong di rumah orang-orang tua, mengambil bahagian di balai rakyat ataupun menceburkan diri untuk menjadi sukarelawan kepada para pesakit AIDS. Kerja-kerja kemasyarakatan harus digalakkan di kalangan para remaja agar mereka menjadi seorang yang berhati mulia dan peka kepada kesusahan orang lain.

Saturday, April 25, 2009

KARANGAN 4: DIALOG (DATANG LEWAT)

SOALAN:
Dua orang sahabat sedang berbincang tentang sikap pelajar yang sering datang lewat. Salah seorang berpendapat bahawa ibubapa harus dipersalahkan. Sahabatnya pula berpendapat sebaliknya. Tulis sebuah dialog antara dua sahabat itu yang menunjukkan pertentangan pendapat mereka

JAWAPAN


Masa : 10 pagi dan waktu rehat
Tempat : Di kantin sekolah
Pelaku 1 : Siti
Pelaku 2 : Liza

(Dua orang sahabat sedang duduk di bangku sementara menunggu loceng rehat berakhir. Mereka membincangkan tentang sikap pelajar yang sering datang lewat ke sekolah. Salah seorang berpendapat bahawa ibubapa harus dipersalahkan tetapi sahabatnya pula berpendapat sebaliknya)


Siti: Eh, Liza! Kenapa awak termenung ?

Liza : Oh , Siti. Tidak ada apa-apa. Cuma saya kasihan melihat Zamri yang sering
dihukum oleh guru disiplin kita, Cikgu Ali kerana datang lewat. Sekurang-
kurangnya tiga kali dalam seminggu.

Siti: Padanlah dengan muka dia. Itulah balasan mereka yang malas bangun dan suka
melanggar peraturan sekolah. Bagi mereka sikap negatif itu satu yang dianggap
‘cool’ Dia yang buat tentulah dia sendiri yang tanggung. Berani buat beranilah
tanggung kerana tangan yang mencincang, bahulah yang memikul.

Liza: Tetapi, kita tidak harus menyalahkan si anak itu sahaja. Di dalam hal ini, ibu
bapanya lah yang harus dipersalahkan.

Siti: Kenapa pula begitu?

Liza : Sudah menjadi tanggungjawab si ayah atau ibu yang harus mengejutkan anak
mereka untuk ke sekolah. Mereka harus memasang jam loceng lebih awal agar
memberi masa untuk si anak untuk bersiap sedia ke sekolah.

Siti: Saya kurang setuju dengan pendapat awak, Liza. Di dalam hal ini si anak harus
lebih bersikap disiplin dan tidak harus terus-menerus bergantung kepada ibu bapa
di dalam hal seremeh ini.

Liza: Kenapa pula begitu ?

Siti: Awak sendiri tahukan bahawa ibu bapa sehari suntuk penat bekerja demi
kesejahteraan ekonomi keluarga. Si anak harus meringankan beban ibu bapa
mereka dengan tidak membebani mereka dengan masalah disiplin sekolah.

Liza: Tetapi, si anak pun dibebani dengan tugasan sekolah. Bila masa hendak ulang kaji
dan bila masa hendak habiskan kerja sekolah ? Mungkin kerana penat dengan
kerja sekolah maka si anak itu tadi tertidur lewat. Adilkah itu?

Siti: Ya, perkara itu memang tidak dapat saya nafikan. Namun, sebagai pelajar yang
bijak haruslah pandai membahagikan masa antara masa belajar dan masa tidur. Si
anak itu haruslah sedar bahawa tidur lewat itu kurang baik dan memudaratkan
diri mereka sendiri. Mereka akan berasa mengantuk dan kurang bertenaga kerana
setiap pelajar diwajibkan untuk mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 8 jam
sehari agar otak cerdas dan tubuh cergas pada keesokan harinya.

Liza: Oleh yang demikian, saya rasa para ibu bapa harus menyediakan jadual kegiatan
harian untuk anak mereka demi memastikan si anak tahu bahawa masa itu emas.
Mereka juga harus pastikan yang si anak itu harus tidur awal iaitu selewat-
lewatnya pukul 10malam.

Siti: Ya, bukan itu sahaja. Para ibu bapa juga harus memberi contoh yang baik kepada
anak mereka dengan bangun awal dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
Dengan demikian, si anak itu sudah terbiasa dengan rutin bangun awal dan tidak
menggeliat untuk bangun.

Liza: Ya saya bersetuju dengan pendapat awak itu kerana ada ibu bapa yang memberi
contoh yang kurang baik kepada si anak iaitu walaupun matahari sudah meninggi,
mereka masih menarik selimut. Janganlah seperti ketam yang menyuruh anaknya
berjalan lurus dan jangan lupa begitulah kuih, begitulah acuannya.

Siti: Si anak juga haruslah memainkan peranan mereka sebagai seorang pelajar yang
berdisiplin kerana dengan markah yang baik itulah yang dapat membahagiakan ibu
bapa mereka yang sudah penat lelah membesarkan kita dari dalam kandungan
sehinggalah kita dewasa sekarang ini. Berat sungguh tanggungjawab ibu bapa dan
murni sungguh pengorbanan mereka. Dengan itu, janganlah kita sebagai anak
merisaukan atau mengguris perasaan mereka dengan panggilan dari pihak sekolah
kerana melanggar peraturan sekolah seperti datang lewat.

Liza: Saya berharap kawan kita, si Zamri itu sedar akan kesilapannya dan tidak
berdendam dengan guru disiplin kita, Cikgu Ali itu. Ada pelajar bersikap
memberontak dan enggan ke sekolah kerana semata-mata dimarahi atau ditegur
kesilapan mereka. Sebagai pelajar kita harus bersikap terbuka dan menerima
bahawa setiap hukuman cikgu itu adalah demi kebaikan kita pada masa mendatang.

Siti: Di dalam hal menangani masalah disiplin adalah tanggungjawab semua iaitu baik si
anak atau si ibu ayah kerana cubit paha kiri, paha kanan terasa juga dan kalaulah
tidak ada angin mana bisa pokok bergoyang. Setiap ahli keluarga ada peranan
masing-masing. Jika semua ahli keluarga tahu tanggungjawab masing-masing maka
apa jua masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesiannya kerana bulat air
kerana pembuluh dan bulat kata kerana muafakat.

Liza: Bukan itu sahaja, setiap ahli keluarga juga ada hak untuk menegur segala kesilapan
atau kekurangan sesiapa sahaja di dalam keluarga. Jangan kecil disangka anak dan
bukan besar disangka bapak. Si anak harus menegur si ibu atau ayah kerana di
dalam hal datang lewat ini adalah tanggungjawab bersama.

Siti: Baiklah. Eh! Loceng sekolah sudah berbunyi. Mari kita beratur.

Liza: Yalah, loceng rehat itu menandakan waktu rehat kita sudah berakhir. Asyik sangat
kita bersembang sehingga terasa masa berlalu begitu cepat sekali. Kalau kita lewat
beratur nanti kita pula dihukum oleh Cikgu disiplin kita yang garang itu. Mari
Siti.

(Kring.... Loceng berehat berbunyi menandakan waktu rehat sudah berakhir. Perbincangan dua sahabat itu terhenti di situ. Mereka pun pulang ke kelas masing-masing. Perbincangan mereka tadi membuat mereka merenung tentang isu pelajar yang selalu datang lewat. Mereka masih tidak berganjak dari pendirian masing-masing.)

KAR 3: SURAT ADUAN: KES LANGGAR LARI

SOALAN:
Kamu telah menyaksikan suatu kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang wanita tua dan sebuah kereta semalam. Apabila kamu menonton berita di televisyen, kamu mendapati bahawa kemalangan itu merupakan kes langgar lari. Pihak polis telah meminta para saksi supaya tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat.
Tulis sepucuk surat kepada ketua polis trafik di kawasan perumahan kamu untuk menerangkan apa yang telah kamu lihat serta memberikan beberapa cadangan agar kemalangan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

JAWAPAN:

Jaslan Bin Jusoh atau Jaslina Bte Jusoh
Blk 24 Jalan Merbuk
#02-99
Singapura 670024

10 Mac 2009

Ketua Polis Trafik
Balai Polis Ang Mo Kio
No 1 Ang Mo Kio Ave 1
Singapura 540001

Tuan,
Perkara: Kes langar lari

Paragraf 1(Intro)
Saya nama yang tertera di atas adalah seorang penduduk di estet perumahan di Jalan Merbuk. Sudah hampir 5 tahun saya menetap di sini dan hampir mengenali para penduduk di sini terutama yang tinggal di blok 24. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita tentang kes langgar lari yang melibatkan seorang warga tua yang kebetulan adalah salah seorang jiran saya yang tinggal di tingkat lapan. Saya berasa amat kecewa dan marah dengan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu, Saya melayangkan surat ini kepada Tuan kerana saya ingin tampil sebagai saksi utama dalam kes langgar lari ini. Saya mewakili para penduduk yang lain yang saya rasa juga bersependapat dengan saya. Oleh yang demikian , saya harapkan surat saya ini membolehkan pihak Tuan membawa si penjenayah jalanraya itu ke pengadilan dengan kewibawaan pihak Tuan.

Paragraf 2 (Tujuan)
Tujuan saya menulis surat ini adalah saya ingin menabur bakti sebagai rakyat Singapura yang prihatin lagi bertanggungjawab. Saya berharap dengan layangan surat saya ini dapat membela nasib si mangsa yang kehidupannya gelap disebabkan kemalangan tempoh hari. Si penjenayah yang bermaharajalela harus dibawa ke pihak pengadilan agar perkara sedemikian tidak berleluasa.

Paragraf 3 (Bukti)
Hati saya tergerak untuk melayangkan surat ini kepada Tuan tatkala saya menonton berita di televisyen yang mengetengahkan tentang berita kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang wanita tua dan sebuah kereta. Berita dua hari lalu telah mendorong saya untuk tampil ke depan sebagai saksi. Saya mengaku telah melihat apa yang berlaku pada hari kejadian itu. Pada hari Jumaat lalu iaitu 10hb Julai 2007, saya berada di kolong blok yang menghala ke jalanraya di mana kemalangan itu berlaku di simpang lampu trafik. Saya berada di kolong blok sejak awal lagi kerana saya menunggu ibu pulang. Ketika saya melihat ke arah jalan raya, tiba-tiba pandangan saya berpusat kepada seorang wanita tua iaitu Cik Salimah, jiran saya, sedang melintas jalan tanpa menggunakan lampu trafik yang berdekatan. Tiba-tiba, ada sebuah kereta Toyota berwarna merah dipandu dengan laju menerpa ke arah wanita itu. Bunyi hon yang kuat membuat saya berpaling ke arah mereka. Tanpa saya sedari dan dengan sekelip mata, kereta merah tersebut melanggar Cik Salimah. Si pemandu keluar untuk melihat keadaan Cik Salimah. Saya terpekik kerana begitu terperanjat dengan apa saya lihat. Pemandu itu tersentak melihat saya lalu terus memandu dengan laju meninggalkan wanita itu terbaring kes situ. Saya begitu takut untuk ke tempat kejadian lalu saya pun meninggalkan tempat itu setelah memberitahu seorang penduduk yang pada masa itu sedang berlalu di situ. Dengan telefon bimbitnya, dia menghubungi pihak polis. Saya berasa begitu bersalah meninggalkan Cik Salimah sehingga saya termimpi akan dia. Dengan itu saya beranikan diri untuk melayangkan surat ini.

Paragraf 4 (Beri Maklumat @ Butir-butir) à SAMBAK
Siapa ApaMana@MengapaBila@BagaimanaApa baik/burukKesan @Pengajaran)

Kereta Toyota itu berwarna merah dan saya sempat mencatit nombor pendaftaran kereta tersebut iaitu SGX 1234 A. Pemandu itu berbangsa Serani dan bertubuh tinggi lampai. Dia kelihatan segak kerana berkemeja lengan panjang berwarna kelabu dan bertali leher. Kulitnya putih dan rambutnya kemas ala Tom Cruise. Saya percaya dia bukan penduduk di estet perumahan ini kerana saya tidak pernah melihatnya. Dia kelihatan begitu panik dan memandu keretanya dengan had laju yang merbahaya. Itu sahaja yang dapat saya jelaskan.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira pada pukul 2 petang kerana saya baru pulang dari sekolah. Ia melibatkan kereta Toyota merah dan seorang warga tua iaitu Cik Salimah. Kemalangan itu terjadi di simpang antara Jalan Merbuk Avenue dan Jalan Merbuk.

Si mangsa pada masa itu berbaju kurung biru dan membawa bakul pasar yang penuh dengan barang dapur. Beliau berumur sekitar 45tahun dan tinggal bersama anak bongsunya di tingkat 8.

Paragraf 5 (Cadangan)
Saya mengambil kesempatan di dalam surat ini untuk memberi beberapa cadangan agar kemalangan seperti ini tidak berlaku pada masa hadapan. Nyawa seseorang itu sungguh berharga terutama kepada keluarga tersayang. Cadangan pertama saya ialah memasang kamera lintas langsung (CCTV) di lampu trafik agar dapat memantau keadaan jalanraya demi memastikan ia selamat kepada para pengguna jalanraya. Pihak Tuan juga diharapkan memasang kawalan had laju (Speed Trap) demi memastikan para pemandu tidak memandu dengan bahaya dan taat dengan had laju yang ditetapkan iaitu 70km/jam. Akhir sekali, pihak Tuan boleh mengadakan rondaan oleh polis trafik demi memastikan para pemandu dan pejalan kaki mematuhi peraturan jalanraya dengan perbanyakkan papan tanda di kawasan tersebut.

Paragraf 6 (Penutup)
Setakat di sini sahaja surat saya kali ini. Diharapkan surat saya ini dapat membantu Tuan menyelesaikan kes langgar lari ini dan sekali gus memastikan kemalangan seumpama ini tidak berulang lagi. Sekiranya Tuan ada apa-apa kemusykilan atau inginkan penjelasan yang jelas tentang isi surat cadangan saya ini, saya boleh dihubungi melalui talian telefon bimbit saya 91234567 atau talian pejabat saya 61234567. Saya akhiri surat saya dengan ucapan salam sejahtera dan terimakasih kepada Tuan. Diharapkan Tuan dapat menimbangkan cadangan saya. Semoga surat saya ini dapat menjamin kebahagian dan kepuasan semua pihak.

Sekian. Terimakasih

Yang benar Jangan sekali-kali tanda tangan nama kamu!!!
Jaslan Jusoh

SENARAI SEMAK Hi-5 MENULIS SURAT
Paragraf Introduksi
Tujuan Surat (Rujuk Soalan)
Cadangan (mesti tulis lebih daripada 3)
Faedah-faedah @butir-butir (mesti tulis lebih drp 3)
Paragraf Penutup & Format Surat (Tolong Hafal !!!!)

KARANGAN : MAAFKAN AKU, IBU

TOPIK: MAAFKAN AKU, IBU
NAMA PELAJAR : NADHIRAH MOFE

Air mata suci yang berguguran dari kelopak mata ibu membuat hatiku pecah seribu. Aku tidak tergamak meninggalkan ibu keseorangan. Aku kehilangan seorang ayah semenjak di bangku sekolah. Aku dan ibu terpaksa berdikari sampai sekarang. Namun, aku akan bekerja di bandar kerana dipanggil untuk mewakili sebuah syarikat.

Oleh kerana aku akan mendapat gaji yang lumayan, aku tidak teragu-ragu untuk mengambil peluang ini demi kebaikan aku dan ibu. Dakapan ibu amat erat. Ibu menangis tersedu-sedu sambil memelukku. Aku melepaskan dakapan ibu dengan perlahan kerana tidak mahu lewat untuk perjalanan ke destinasiku.
“Adam, janji pada mak yang Adam akan pulang ya. Mak akan tunggu,” suara ibu sayu lagi pasrah.

“Ya mak, Adam janji. Jangan risau ya mak,” kataku dan cuba menenangkan hati ibu. Ibu mengangguk kepalanya sambil mengusap rambutku. Aku mencium dahi dan pipi ibu buat kali terakhir sebelum aku berangkat.

Aku melangkah keluar rumah sambil mengangkat begku.

“Mak akan tunggu, Adam. Mak tunggu,” pesan ibu. Nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya. Aku memeluk ibu dan memberi salam lalu menghala ke teksi yang sedang menanti. Aku menaiki teksi dan memandang ibu yang sedih berbaur kekecewaan. Aku melambai tangan kepada ibu apabila teksi mula bergerak. Itulah kali terakhir aku dapat menatap wajahnya. Aku akan sentiasa berdoa agar ibu baik-baik selalu.

Setelah aku tiba di bandaraya, aku dapat merasakan aku pasti beroleh kejayaan. Aku akan lakukan demi ibu. Aku menuju ke Taman Perling yang mempunyai tanda “Iz & Company” tertera dengan besar. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke pejabat, Encik Ramli berjabat tangan denganku. Aku mengulum senyuman tipis dan mula berkenalan dengan semua pekerja yang terdapat di situ.

Aku berjabat tangan dengan seorang wanita yang bernama Rita. Sentuhan kulitnya terasa. Mataku terus menjilat tubuhnya. Aku rasa seperti aku telah mengenalinya walaupun inilah kali pertama aku menjamah mesra wajahnya. Aku terpegun dengan kecantikan wanita ini.

“Selamat datang Adam,” suaranya yang manis memecah khayalanku. Aku hanya mampu mengangguk kepala kerana sudah tertarik dengannya.

Tidak lama kemudian, aku dan pekerja lain dipanggil masuk ke bilik mesyuarat unutk membincangkan tentang projek yang akan diberikan. Aku dilantik sebagai ketua projek demi menunjuk kemahiranku dalam bidang bisnes. Beberapa bulan kemudian, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulilah! Ibu masih sihat wal’afiat ketika aku menghubunginya. Rindu menebal di hati. Tidakku sangka aku akan jauh dari ibu selama satu tahun lebih. Namun, aku harus berani meneruskan hidup.
Semasa bekerja, mataku tidak lepas melihat raut muka Rita yang anggun. Aku bertekad untuk mengenalinya dengan lebih dalam. Aku memungut ranting-ranting keberanian lalu menuju ke meja Rita. Rita mendongak untuk melihat kehadiranku dan mengukir senyuman di bibirnya.

“Apa kata… saya belanja awak makan petang nanti?” kataku dengan penuh kepastian.

“Baiklah,” jawab Rita.

Bebola matanya yang coklat ceria itu merenung wajahku. Aku pulang ke mejaku dengan perasaan gembira meruap-ruap di dada.

Masa berlalu dengan pantas. Kini, sudah masuk hampir sepuluh bulan aku berada di kawasan Taman Perling. Perhubungan aku da Rita semakin intim sejak empat bulan yang lalu. Rupa-rupanya, bapa Rita yang memiliki syarikat tersebut. Setiap kali dia cuba bertanya aku tentang ibubapaku, aku selalu cuba mengelak. Aku berasa malu untuk memberitahunya bahawa aku berasal dari kampung kerana kedudukan Rita jauh lebih tinggi daripada aku.

Aku sudah selesa dengan Rita dan ingin Rita menjadi milikku. Oleh kerana kami dilamun cinta, dia setuju. Pada suatu hari, Rita ingin memperkenalkan aku dengan ibubapanya tetapi aku belum sedia untuk berdepan dengan mereka. Demi cinta dan kekasihku yang manja ini, aku terpaksa bersetuju. Rumah Rita sepuluh kali lebih cantik berbanding dengan kampungku. Sebenarnya, Rita adalah seorang anak yang manja kerana mempunyai hidup yang mewah.

“Bagaimana keadaan ibubapamu, Adam,” tanya bapa Rita.

Aku tergamam buat seketika.

“Hmm… bapa saya sudah lama meninggal dunia sementara ibu saya berada di Jakarta,” balasku. Aku terpaksa berbohong kerana aku cuba menghindarkan keluargaku dari dipandang rendah oleh orang luar.

“Dimanakah asalmu?” soal bapanya sekali lagi. Aku membiarkan sejenak fikiranku menerawang.

“Saya berasal dari bandar, Cik. Sama juga seperti Rita,” jawabku.

Setelah pertemuanku dengan ibubapa Rita, aku berasa amat lega. Sudah hampir setahun aku berada di Taman Perling dan aku harus pulang ke pangkuan ibu tersayang. Sebelum itu, aku mempunyai hajat yang terakhir. Aku mahu memperisterikan Rita. Selepas perkahwinan kami, aku membawanya pulang ke rumah.

“Abang, apa ini? Ini kampung siapa?” tanya Rita. Mulutku terkunci.

Aku berhentikan kereta milik Rita itu dan membawanya keluar. Aku memberi salam dan ibu tergesa-gesa untuk melihat siapa yang tercegat di luar pintu.

“Adam!!” Ibu mendakap dan memberi seribu ciuman.

“Siapa ini? Rumah apa ini?” tanya Rita sekali lagi.

“Ini semua kepunyaan abang, Rita,” jawabku.

“Jadi, abang nak Rita tinggal di kampung yang buruk ini? Ini siapa pula?” suara Rita semakin tinggi.

“Rita, jaga mulut Rita. Ini ibu abang, Rita,” kataku dengan penuh sabar.

“Abang kata ibu abang berada di Jakarta! Apa ini abang? Geli Rita nak jejak rumah ini Abang tahukan Rita ini berkedudukan tinggi. Abang fikir Rita boleh hidup begini?” tengking Rita.

Aku melihat ibu dengan rasa bersalah.

“Perempuan yang biadap ini kau bawa pulang, Adam?” suara ibu lantang.

“Isteri… saya… menantu ibu,” jawabku.

Air mata ibu berlinangan dengan hampa.

“Sampai hati kau, Adam! Kau tidak beritahu aku pun!” ibu berkata dengan kesedihan.

Aku cuba memujuk ibu namun ibu menolak aku.

“Adam boleh jelaskan!” aku cuba memujuk ibu.

“Tidak! Kau dan betina ini boleh keluar! Keluar kau!” teriak ibu.

Ibu menutup pintu dan enggan memberiku masuk. Aku bingung, tidak tahu apa harus aku lakukan. Aku kembali ke Taman Perling. Kedatangan aku ini meragut kebahagiaan ibu. Aku cuba menghubungi ibu namun dia masih keras hati. Dia enggan mengambil tahu tentang aku. Aku sudah jatuh ditimpa tanggan. Dua bulan kemudian, aku pulang ke kampung keseorangan.

Aku melihat rumah ibu telah dipenuhi oleh orang kampung. Tanpa berlengah-lengah, aku memasuki kampung dan ternampak sekujur mayat yang tidak berdaya. Aku menghampiri mayat itu dan alangkah terperanjatnya aku, itulah ibuku! Aku bertanya kepada jiranku tetapi tiada serong pun memberitahuku. Aku mengusap rambut ibu dan mencium dahinya. Seribu tangisan membasahi wajahku. Aku menyesal. Aku tidak sempat memulihkan hubungan aku dan ibu.

Apa yang telah aku lakukan? Aku mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan ibu. Aku tidak sempat meminta maaf kepada ibu. Itulah kesilapan yang besar pernah aku lakukan. Aku bantu mengusung mayat ibu dan hanya mampu sedekahkan surah Yasin buat ibu. Aku sentiasa berdoa agar ibu dapat memaafkan aku. Ya Tuhan, ampunilah aku dan sentiasa cucuri roh ibu dengan rahmatmu.

“Maafkan aku ibu,” detik hati kecilku penuh penyesalan.

KARANGAN : REDHA & PASRAH

Redha & Pasrah

Suasana malam itu membuat aku pasrah kepada yang maha Esa dan redha menerima takdir dengan seikhlas hatiku.Aku tidak pernah menyangka bahawa perkara itu akan berlaku kepada aku,seorang yang tidak pernah meninggalkan solat dan taat beribadah. Lamunanku tenggelam dalam kemuraman suasana pada malam itu.

Kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikiranku.Aku tiadk akan pernah melupakankejadian yang meledak kemarahan aku. Dan pada waktu yang sama,menyayat hati. Detik-detik bersama Hairil tidak dapat aku lupakan. Walaupun dia seorang yang tidak jujur,aku tetap sayingkan dia. Aku tidak tahu mengapa aku sanggup memaafkannya walaupun aku telah melihat dia dengan wanita wanita lain dengan dua biji mata aku ini.

Aku telah berkenalan dnegan Hairil selama tujuh tahun semasa aku menuntut universiti lagi. Dia telah dapat memikat hatiku pada kali pertama aku ternampaknya bagai cinta pandang pertama. Walaupun kami di kelas yang sama, kami tidak pernah bercakap ataupun bertegur sapa antara satu sama lain. Aku hanya perhatikan pergerakannya. Dia sentiasa dikerumuni wanita yang cantik lagi seksi. Aku tetap mencintainya dengan sepenuh hatiku.

Pertama kali kami bercakap ialah semasa kami berlanggar semasa sedang terburu-buru ingin masuki kelas. Kertas-kertas yang aku pegang di tangan semuanya jatuh bersepah. Kertas yang dia pegang juga jatuh. Kami pun segera mengutip dengan pantas kerana takut didenda jika lambat memasuki kelas. Semasa dalam kelas, aku mendapati bahawa aku telah kehilangan beberapa helai nota malah nota yang ada pada aku semuanya kepunyaan Hairil.

“Apa yang harus aku lakukan?”bisik hatiku yang berdegap-degup dengan kuat. Aku berasa sangat ghairah. Aku hanya memikirkan apakah reaksi yang akan diberinya apabila mendapati bahawa dia telah mengambil nota aku dengan segera apabila mendapati bahawa dia telah mengambil nota aku dengan secara tidak sengaja. Adakah dia akan meminta nombor telefonku? Adakah dia akan marah apabila mendapati bahawa dia telah kehilangan nota-notanya?

Soalan-soalan itu semua berlari di kotak fikiran aku. Selepas kelas tamat, aku pun berdiri di luar kelas untuk mengendalikan nota-nota Hairil. Alngkah terkejutnya aku apabila ternampak dia bersenyum kepada aku. Hatiku melonjak kegembiraan.

“Maaf, saya terambil nota awak semasa kitaterlanggar tadi,”Hairil berkata kepadaku.

Aku pun memberikannya senyuman dan sejurus itu mengembirakan notanya itu. Aku terus mengangkat kaki dari temat itu. Apabila aku pulang ke rumah aku hanya dapat memikir detik pertemuan tempoh hari. Tidak pun seorang daripada rakan-rakan aku yang tahu bahawa aku ada hati kepada Hairil.
Selepas pertemuan hari itu, Hairil sering kali bertegur sapa dan bercakap dengan aku. Pada satu masa itu dia meminta nombor telefon aku. Dengan nombor telefon bimbit yang aku berikan, setial malam dia akan nenelefon aku untuk bertanya khabar walaupun kami boleh berjumpa di universiti sendiri. Setelah lima tahun berkawan, Hairil menghantar rombongan dating ke rumahku untuk masuk meminang. Ibukupun bersetuju kerana umurku yang lanjut.

Selepas memdirikan rumahtangga selama dua tahun, masalah mula timbul apabila aku mendapati bahawa Hairil selalu pulang lewat dan dia telah banyak menerima panggilan telefon yang aku percaya daripada wanita. Walaupun aku tahu bahawa dia bermain kayu tiga dibelakangku, aku tidak dapat melepaskannya kerana cintaku untuknya yang sangat mendalam.

Pada suatu malam, aku mendapat panggilan telefon misteri. Wanita itu memberi aku alamat sebuah hotel dan memberiku nombor pintunya. Sejurus itu, pemanggil itu meletakkan telefon. Aku pun terus mengambil bag akudan kunci kereta. Apabila aku sampai di hotel tersebut, aku ternampak kupu-kupu malm memakai baju yang terdedah.

Apabila aku membuka pintu hotel yang diberikan si pemanggil, alangkah terkejutnya aku apabila ternampak Hairil bersama seorang wanita tanpa seurat benang di atas kati. Hairil terkejut melihat aku lalu kelam kabut memakai bajunya dan mengejar aku dari belakang. Semasa ingin menyeberang jalan, aku tidak dapat menahan sebak lalu menangis. Apabila aku ingin membuka pintu keretaku, aku terdengar bunyi dentum yang kuat. Apabila aku menoleh aku ternampak Hairil terlentang ke bumi.

Pemuda yang melanggar Hairil segera keluar dari keretanya dan menelefon ambulans. Aku terus menghampiri Hairil. Aku mendoakan bahawa dia masih hidup. Selepas ambulans sampai, mereka memberitahu Hairil telah meninggal dunia. Aku redha dan pasrah kepada Tuhan yang maha Esa dan menerima semuanya kerana aku tahu ada hikmah disebaliknya.

Friday, April 24, 2009

HARGAI KEHIDUPAN KITA

Kepada pelajarku,

Semoga video ini memberi inspirasi bagi kamu semua untuk melakar kehidupan kamu pada masa hadapan. Cg doakan semoga kamu melayari kehidpuan yang lebih cerah serta menjadi kebanggaan kepada ibu dan ayah kamu.

Ingat... Tuhan hanya memberi peluang sekali dalam kehidupan & hargai kehidupan selagi kamu masih bernafas. Pastikan langkan kamu semua langkah yang diberkati Tuhan. Amin

Selamat menonton

Salam Sayang

Cg Ice

Video ini ada 3 contoh bacaan lisan dari Tahap Lemah ke Tahap Baik sehingga ke

Tahap Cemerlang. Semoga rakaman video ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar Cg.

Salam Sayang

Cg Ice

KENALI PELAJAR CG ICE 2009.
http://tintaprss.edisi.com.sg/main.asp

Sila lungsuri lelaman ini demi pertingkatkan prestasi Bahasa Melayu kamu. Tuliskan 5 perkara yang kamu pelajari dari lelaman ini.

Salam
Cg Ice

PROJEK ANAK 2009

Hayatilah lagu ini. Kemudian, karangkan sebuah karya kreatif (puisi, pantun, syair dan sebagainya) untuk ibu kamu sempenan Hari Ibu yang akan datang.

Salam

Cg Ice

LEMBARAN BARU

Tahun 2009 sememangnya banyak cabaran. Semoga kita semua berasa lebih yakin untuk hadapi tahunn2009 ini.

Salam perkenalan

Blog Archive

About Me

Blog ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar yang mengambil Bahasa Melayu terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Peringkat Biasa (GCE'O' level)