Saturday, April 25, 2009

KAR 3: SURAT ADUAN: KES LANGGAR LARI

SOALAN:
Kamu telah menyaksikan suatu kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang wanita tua dan sebuah kereta semalam. Apabila kamu menonton berita di televisyen, kamu mendapati bahawa kemalangan itu merupakan kes langgar lari. Pihak polis telah meminta para saksi supaya tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat.
Tulis sepucuk surat kepada ketua polis trafik di kawasan perumahan kamu untuk menerangkan apa yang telah kamu lihat serta memberikan beberapa cadangan agar kemalangan seperti ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

JAWAPAN:

Jaslan Bin Jusoh atau Jaslina Bte Jusoh
Blk 24 Jalan Merbuk
#02-99
Singapura 670024

10 Mac 2009

Ketua Polis Trafik
Balai Polis Ang Mo Kio
No 1 Ang Mo Kio Ave 1
Singapura 540001

Tuan,
Perkara: Kes langar lari

Paragraf 1(Intro)
Saya nama yang tertera di atas adalah seorang penduduk di estet perumahan di Jalan Merbuk. Sudah hampir 5 tahun saya menetap di sini dan hampir mengenali para penduduk di sini terutama yang tinggal di blok 24. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita tentang kes langgar lari yang melibatkan seorang warga tua yang kebetulan adalah salah seorang jiran saya yang tinggal di tingkat lapan. Saya berasa amat kecewa dan marah dengan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu, Saya melayangkan surat ini kepada Tuan kerana saya ingin tampil sebagai saksi utama dalam kes langgar lari ini. Saya mewakili para penduduk yang lain yang saya rasa juga bersependapat dengan saya. Oleh yang demikian , saya harapkan surat saya ini membolehkan pihak Tuan membawa si penjenayah jalanraya itu ke pengadilan dengan kewibawaan pihak Tuan.

Paragraf 2 (Tujuan)
Tujuan saya menulis surat ini adalah saya ingin menabur bakti sebagai rakyat Singapura yang prihatin lagi bertanggungjawab. Saya berharap dengan layangan surat saya ini dapat membela nasib si mangsa yang kehidupannya gelap disebabkan kemalangan tempoh hari. Si penjenayah yang bermaharajalela harus dibawa ke pihak pengadilan agar perkara sedemikian tidak berleluasa.

Paragraf 3 (Bukti)
Hati saya tergerak untuk melayangkan surat ini kepada Tuan tatkala saya menonton berita di televisyen yang mengetengahkan tentang berita kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang wanita tua dan sebuah kereta. Berita dua hari lalu telah mendorong saya untuk tampil ke depan sebagai saksi. Saya mengaku telah melihat apa yang berlaku pada hari kejadian itu. Pada hari Jumaat lalu iaitu 10hb Julai 2007, saya berada di kolong blok yang menghala ke jalanraya di mana kemalangan itu berlaku di simpang lampu trafik. Saya berada di kolong blok sejak awal lagi kerana saya menunggu ibu pulang. Ketika saya melihat ke arah jalan raya, tiba-tiba pandangan saya berpusat kepada seorang wanita tua iaitu Cik Salimah, jiran saya, sedang melintas jalan tanpa menggunakan lampu trafik yang berdekatan. Tiba-tiba, ada sebuah kereta Toyota berwarna merah dipandu dengan laju menerpa ke arah wanita itu. Bunyi hon yang kuat membuat saya berpaling ke arah mereka. Tanpa saya sedari dan dengan sekelip mata, kereta merah tersebut melanggar Cik Salimah. Si pemandu keluar untuk melihat keadaan Cik Salimah. Saya terpekik kerana begitu terperanjat dengan apa saya lihat. Pemandu itu tersentak melihat saya lalu terus memandu dengan laju meninggalkan wanita itu terbaring kes situ. Saya begitu takut untuk ke tempat kejadian lalu saya pun meninggalkan tempat itu setelah memberitahu seorang penduduk yang pada masa itu sedang berlalu di situ. Dengan telefon bimbitnya, dia menghubungi pihak polis. Saya berasa begitu bersalah meninggalkan Cik Salimah sehingga saya termimpi akan dia. Dengan itu saya beranikan diri untuk melayangkan surat ini.

Paragraf 4 (Beri Maklumat @ Butir-butir) à SAMBAK
Siapa ApaMana@MengapaBila@BagaimanaApa baik/burukKesan @Pengajaran)

Kereta Toyota itu berwarna merah dan saya sempat mencatit nombor pendaftaran kereta tersebut iaitu SGX 1234 A. Pemandu itu berbangsa Serani dan bertubuh tinggi lampai. Dia kelihatan segak kerana berkemeja lengan panjang berwarna kelabu dan bertali leher. Kulitnya putih dan rambutnya kemas ala Tom Cruise. Saya percaya dia bukan penduduk di estet perumahan ini kerana saya tidak pernah melihatnya. Dia kelihatan begitu panik dan memandu keretanya dengan had laju yang merbahaya. Itu sahaja yang dapat saya jelaskan.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira pada pukul 2 petang kerana saya baru pulang dari sekolah. Ia melibatkan kereta Toyota merah dan seorang warga tua iaitu Cik Salimah. Kemalangan itu terjadi di simpang antara Jalan Merbuk Avenue dan Jalan Merbuk.

Si mangsa pada masa itu berbaju kurung biru dan membawa bakul pasar yang penuh dengan barang dapur. Beliau berumur sekitar 45tahun dan tinggal bersama anak bongsunya di tingkat 8.

Paragraf 5 (Cadangan)
Saya mengambil kesempatan di dalam surat ini untuk memberi beberapa cadangan agar kemalangan seperti ini tidak berlaku pada masa hadapan. Nyawa seseorang itu sungguh berharga terutama kepada keluarga tersayang. Cadangan pertama saya ialah memasang kamera lintas langsung (CCTV) di lampu trafik agar dapat memantau keadaan jalanraya demi memastikan ia selamat kepada para pengguna jalanraya. Pihak Tuan juga diharapkan memasang kawalan had laju (Speed Trap) demi memastikan para pemandu tidak memandu dengan bahaya dan taat dengan had laju yang ditetapkan iaitu 70km/jam. Akhir sekali, pihak Tuan boleh mengadakan rondaan oleh polis trafik demi memastikan para pemandu dan pejalan kaki mematuhi peraturan jalanraya dengan perbanyakkan papan tanda di kawasan tersebut.

Paragraf 6 (Penutup)
Setakat di sini sahaja surat saya kali ini. Diharapkan surat saya ini dapat membantu Tuan menyelesaikan kes langgar lari ini dan sekali gus memastikan kemalangan seumpama ini tidak berulang lagi. Sekiranya Tuan ada apa-apa kemusykilan atau inginkan penjelasan yang jelas tentang isi surat cadangan saya ini, saya boleh dihubungi melalui talian telefon bimbit saya 91234567 atau talian pejabat saya 61234567. Saya akhiri surat saya dengan ucapan salam sejahtera dan terimakasih kepada Tuan. Diharapkan Tuan dapat menimbangkan cadangan saya. Semoga surat saya ini dapat menjamin kebahagian dan kepuasan semua pihak.

Sekian. Terimakasih

Yang benar Jangan sekali-kali tanda tangan nama kamu!!!
Jaslan Jusoh

SENARAI SEMAK Hi-5 MENULIS SURAT
Paragraf Introduksi
Tujuan Surat (Rujuk Soalan)
Cadangan (mesti tulis lebih daripada 3)
Faedah-faedah @butir-butir (mesti tulis lebih drp 3)
Paragraf Penutup & Format Surat (Tolong Hafal !!!!)

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

About Me

Blog ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar yang mengambil Bahasa Melayu terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Peringkat Biasa (GCE'O' level)